Bahaya Gula Terhadap Kesihatan

Hi,apa khabar semua ,berjumpa lagi kita dalam posting seterusnya.Hari ini saya ingin menulis artikel bertajuk ‘keburukan gula’.Ok rasanya semua kenal gula kan ? Ke ada juga yang tak tahu gula ?

 

 

bahaya gula

Kenapa gula dikatakan bahaya untuk kesihatan ?
Gula ialah pemanis yang berasal dari pokok tebu yang diawet supaya menjadi pemanis nombor satu di Malaysia.Eh Malaysia je ke pakai gula ? Haha tak kisahlah  bukan itu yang kita nak ceritakan.
Air tebu memang tiada masalah ye kalau diminum segar-segar.Yang menjadikan gula bahaya ialah bila proses mengawet tebu menjadi gula pasir tu.Itu yang menjadikan gula tebu tu bahaya.Bayangkan ye air tebu warnanya hijau atau kekuningan,tapi bila dah diawet dengan pelbagai campuran bahan kimia menjadikan warna air tebu bertukar menjadi warna putih kristal.Gula pasir memang warna putih kristal.Hasil dari proses pengawetan tadi juga menjadikan gula pasir bertahan sehingga satu tempoh yang agak lama.Mungkin 1-2 tahun.

 

Saya tak katakan anda tak boleh minum minuman bergula.Tap kurangkanlah pengambilan minuman bergula ni,sebab kesan dia memang sangat buruk untuk kesihatan.Ye ke selama ni saya minum ok je ,tipu lah.Memang la efek dia bukannya terus nampak.Bukannya malam ni kita minum air bergula ,besok terus dapat penyakit.Efek dia mungkin 10-15 tahun akan datang masa kita tua nanti.Masa tu lah baru kita tahu ,kenapa ? Sebab ada penyakit kencing manis,sebab ada darah tinggi,jantung tersumbat,banyak lagi lah penyakit kronik disebabkan pengambilan gula ni.

 

Ada seorang doktor mengeluarkan buku dan tajuk buku tu “Gula Racun Putih” kalau tak silap saya.Saya pernah baca buku tersebut dan dalam buku tu dia cerita pasal gula je.Memang menarik kalau baca.
update (ini contoh buku dia )
gula-racun-putih
Kalau nak diceritakan pasal gula ni ,3 hari pun tak habis nak taip kat sini.Jadi cukuplah sampai disitu sahaja untuk artikel kali ni.Saya akan sambung banyak lagi topik berkaitan gula lepas ni dalam artikel seterusnya.Juga saya akan kongsi bagaimana kita boleh minum atau makan makanan yang manis tanpa had dan juga risau akan penyakit kronik ini.Tunggu ya,saya akan menulis lagi.
Sekian sahaja untuk artikel kali ni.
Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana sudi membaca artikel saya yang tak seberapa ni.
Assalamualaikum.

Petua Merawat Penyakit Darah Tinggi

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca disini.
Topik kali ini ialah berkaitan dengan penyakit darah tinggi.
Ok,saya akan bagi beberapa tips untuk merawat penyakit darah tinggi ini.

Apakah itu penyakit darah tinggi ?

Darah tinggi atau dalam bahasa scientifiknya “hipertensi” ialah suatu
penyakit yang sangat berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kematian.Penyakit ini
juga berpunca apabila tekanan darah ke dinding arteri sangat berlebihan.Tekanan
darah tinggi sangat bahaya jika tidak dikawal dan ia juga boleh menyebabkan kepada
beberapa penyakit lain seperti sakit jantung dan strok.
Hampir 95% penghidap darah tinggi mengalami strok yang sangat bahaya untuk kesihatan.

Antara sebab-sebab terkena penyakit darah tinggi

1.Kegemukan ataupun obesiti ialah salah satu dari punca penyakit kencing manis ini.
Anda mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti ,memakan makanan yang sangat
berlemak tak kira waktu siang ataupun malam.

2.Kurang senaman,anda jarang melakukan senaman.

3.Stress yang selalu , anda perlu mengawal stress dan kalau boleh elakkan stress.
Ini sangat bahaya ya, sila kontrol emosi kalau anda marah.Tekanan darah akan menjadi
tinggi sekiranya anda stress dan marah.

4.Garam atau masin,kalau anda seorang penghidap penyakit darah tinggi,saya sarankan
supaya anda tinggal dahulu makanan yang mempunyai garam yang banyak.Garam atau masin
memang sangat bahaya untuk penyakit darah tinggi ye.Sila ambil perhatian yang ni.

Ok,sekarang saya nak bagi petua pula.
Berikut ialah 3 petua yang saya sediakan untuk merawat penyakit darah
tinggi ini,Inshallah dengan keizinaNya anda akan dapat merawat penyakit ini.

1.Daun Kucai

daun-kucai

Cara-cara untuk merawat
Ambil seikat atau lebih daun kucai dan tumbuklah sehingga daun tersebut lumat sehingga
mengeluarkan air.Anda dikehendaki minum air tersebut.Sila amalkan setiap hari.
Inshallah penyakit anda akan mulai sembuh.

2.Limau Nipis

limau nipis

Cara-cara untuk merawat

Ambillah 2 atau 3 biji limau nipis dan potong mengikut alurnya.
Kemudian anda perah pati limau nipis kedalam gelas dan asingkan bijinya.
Campur dengan air suam sedikit dan minum.Kalau boleh buat biar rasa lagi masam.
Lagi masam lagi bagus untuk penyakit ini.Ini kerana, khasiat limau nipis boleh
mencairkan darah.

3.Kelapa muda

air kelapa

Cara-cara

Ambil air kelapa muda dan minum segelas setiap minggu.Inshallah dapat merawat darah
tinggi.

Cukuplah topik kali ini,kalau ada kekurangan saya memohon maaf.
Sekian terima kasih

Punca Kencing Manis

Tajuk : Punca Penghidap Penyakit Kencing Manis

punca kencing manis
Salam sejahtera kepada anda semua.
Dalam topik kali ini saya ingin menulis artikel berkenaan punca kenapa seseorang itu
boleh terkena penyakit kencing manis ini.

Tahukah anda di malaysia kenapa semakin hari semakin ramai penduduknya yang
menghidap penyakit kencing manis ini ?

Seperti yang kita tahu kesemua sel-sel dalam badan manusia itu perlukan gula supaya
ia dapat bekerja seperti biasa.Gula dapat masuk ke dalam sel tubuh manusia dengan
bantuan hormon insulin.Jika insulin dalam badan kita tidak mencukupi atau jika
sel-sel tubuh kita tidak memberi sebarang respon terhadap insulin,maka ia akan
terjadi kelompok gula dalam darah.Hal inilah yang menyebabkan terjadi kepada pesakit
diabetis mellitus atau pun dalam bahasa kita dikenali sebagai penyakit kencing manis.

Di negara kita Malaysia,jumlah pesakit kencing manis telahpun mencecah 1.2 juta orang
dengan catatan 600,000 kes terbaru pada setiap tahun.

Berikut adalah antara punca-punca seseorang itu boleh terkena kencing manis

1.Obesity ataupun berat badan yang berlebihan.

Lebih dari 80% pesakit kencing manis diketahui memiliki berat badan yang berlebihan.
Ini bermakna bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan,anda juga berpotensi
untuk menghidap penyakit kencing manis ini.Jadi berhati-hati lah yerr.
Kalau boleh kurangkanlah pengambilan makanan berlemak dan makanan yang terlalu manis.
Kalau boleh anda amalkanlah makan buah-buahan seperti pisang,tembikai,dan lain-lain.
Buah-buahan ini memang sangat bagus untuk kesihatan.Mana tak nya,khasiat dalam buah-buahan ini
adalah semulajadi,dan ia tidak bercampur dengan bahan pengawet ataupun kimia.

Soalan : Bukankan buah-buahan itu manis?

Jawapan: Memang buah-buahan itu manis akan tetapi ia tidak mempunyai rasa manis seperti gula pasir
yang dah dicampur aduk dengan pelbagai bahan kimia,dek kerana itulah anda boleh terkena penyakit kronik
ni.Kesimpulannya buah-buahan tidak bahaya dan tiada efek kesan sampingan untuk penyakit kencing manis ini.

2.Tidak bersenam

senaman untuk kesihatan

Anda juga dinasihatkan supaya selalu bersenam bagi memastikan perjalanan peredaran darah berjalan
dengan lancar dan sempurna.Lakukan senaman ringkas setiap hari,seperti membuat warm up dan jogging
setempat.Kalau anda tak boleh nak lakukan setiap hari,maka cubalah untuk lakukan senaman ringan ini
pada setiap hujung minggu,kerana senaman ringan ini sangat penting untuk tubuh badan anda kekal cergas.
Jangan bagi alasan tiada masa atau penat.Sekarang memang la penat,tapi tak la penat mana pun kalau anda
lakukan senaman ringkas ni kerana ianya sangat membantu anda.Jangan sampai dah terbaring dekat katil
hospital tu baru anda nak pergi bersenam ( hahahaha gelak jahat) ingat tu ya.Lagi pun kalau anda bersenam
setiap minggu tu memang seronok,lagi-lagi kalau yang dah ada isteri kat rumah tu,apa la salahnya kalau
dia teman pergi jogging kat taman setiap hujung minggu.Kalau nak lagi seronok pergi la awal pagi
udara pun segar je senang cita memang best la huhu.

3.Tidak minum air masak yang mencukupi

 

air-putih

Air masak ataupun air putih hendaklah diminum 7-8 gelas setiap hari.Ini kerana air putih sangat membantu
dalam sistem peredaran darah anda dan juga sistem imunisasi badan.Sekiranya anda mengambil air putih mencukupi setiap
hari,saya yakin hal itu sahaja dapat menyembuhkan segala penyakit,kerana dalam air putih terdapat 1001 khasiat untuk
badan.Bukankan badan kita terdiri dari 80% air ?.Kalau nak lagi bagus ,minum air putih yang hangat / suam.
Kalau setiap pagi dan malam anda amalkan air putih suam , badan anda akan rasa ringan je.Kalau tak percaya boleh
cuba ye.

Kalau anda rasa ada salah satu punca kencing manis diatas yang anda buat , maka perbaiki lah dengan menggunakan tips yang
telah saya cadangkan itu.Cukuplah sampai disini sahaja artikel ini.Saya berharap ianya sangat membantu anda
dalam menyelesaikan masalah kencing manis anda.

 

http://www.ubatkencingmanis.org

Terima Kasih.